BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH

Monday, 3 October 2011

faedah perpustakaan kepada pelajar

          Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina perpustakaan di setiap negeri atau daerah.Tujuan kerajaan menyediakan kemudahan ini supaya masyarakat sekitar khususnya para pelajar dapat menimba ilmu dan mendapat maklumat.Terdapat pelbagi bahan bacaan di perpustakaan yang memberikan pelbagai kebaikan kepada pelajar.

          Antara faedah perpustakaan termasuklah pelajar dapat membaca pelbagai jenis bhan bacaan secara percuma.Sebagai pelajar,kita haruslah rajin berkunjung ke perpustakaan dan menggali telaga ilmu yang ada di dalamnya.Ilmu-ilmu tersebut bukan sahaja berguna dalam menjawab soalan peperiksaan,tetapi juga bermanfaat sebagai panduan untuk seumur hidup.Selain itu,pelajar juga dapat membuat rujukan dan menguang kaji pelajaran dalam suasana yang aman dan tenang.Di perpustakaan,sebarang bunyi bising tidak dibenarkan sebagaimana kata-kata"Tolong Senyap" dan "Jangan Berbuat Bising" yang terpamer di segenap ruang di dalamnya.Malah,pengawas perpustakaan juga akan menegur sesiapa sahaja yang berbuat bising.
          Di perpustakaan juga,pelajara dapat meminjam bahan ilmiah yang terdapat di situ untuk sesuatu tempoh yang dibenarkan.Pelajar cuma perlu menggunakan satu kad khas untuk meminjam buku-buku yang dihajati.Kad khas itu pula dapat dibeli dengan harga beberapa sen sahaja.Oleh itu,pelajar dapat menikmati faedahnya,yakni tidak perlu membeli bahan ilmiah yang ingin dibaca yang mungkin mencapai harga puluhan ringgit.Di samping itu,pelajar juga dapat menjimatkan masa untuk mencari bahan atau makluamt yang dikehendaki.
          Perpustakaan juga dilengkapi peralatan komputer dan kemudahan internet.Menerusi kemudahan internet yang disediakan,pelajar dapat mencari maklumat yang diperlukan.Selain menambah pengetahuan,pelajar dapat mengetahui berita-berita sama ada di dalam negara atau di luar negara.
          Pelajar yang sering berkunjung ke perpustakaan juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.Secara tidak langsung,gejala negatif di kalangan pelajar dapat dikurangkan.Oleh itu,gunakanlah kemudahn perpustakaan dengan sebaik-baiknya.Perpustakaan patut dijadikan rumah kedua disebabkan oleh pelbagai faedah yang dapat diperolehi daripadanya.

ThankYou