BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH
Showing posts with label disediakan oleh:)ainul asyiqin. Show all posts
Showing posts with label disediakan oleh:)ainul asyiqin. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

keburukan internet


Ni ha,kalo korang blur dan x tau keburukan internet ni aku kasi skit la.
Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.
Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan “online”.
Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan?
Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu ” cubit paha kanan,paha kiri terasa juga”.Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.
Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?
Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikapt di

ThankYou

selawat ke atas nabi

http://www.youtube.com/watch?v=--Ea517kcDM


ThankYou

kepentingan kokurikulum di sekolah


Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang.Para pelajar wajib menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan, samada menyertai persatuan, unit beruniform, mahupun olahraga.Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran, sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum.
Melalui aktiviti ini, tubuh badan kita akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot dalam tubuh kita akan bergerak dengan lebih aktif lantas mengeluarkan peluh. Tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran, manakala tubuh yang tidak sihat akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya sekaligus mampu menjejaskan tumpuan pembelajaran di sekolah.
Faedah kedua melalui aktiviti kokurikulum di sekolah adalah, para pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.Masa lapang yang tidak diisi dengan baik memungkinkan para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, berpeleseran di pusat membeli-belah ataupun melepak bersama rakan-rakan yang berperangai tidak senonoh sehingga memungkinkan terjadinya tabiat merokok, menghisap gam dan dadah.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar mendapat pelbagai faedah seperti dapat menambah kenalan tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.Secara tidak langsung, mereka juga dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, budaya dan juga agama.Disamping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga membolehkan para pelajar menambahkan pengetahuan mereka tidak kira dari segi perubatan, pertahanan diri, pengetahuan asas mengenai dunia luar, sains dan teknologi dan tidak lupa juga mengenai keolahragaan dan kesukanan.
Berdasarkan huraian yang diberikan, maka jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar dewasa ini. Para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka kerana tidak semua insan di muka bumi ini yang cukup bertuah kerana mendapat makanan,tempat kediaman,  pakaian, dan pelajaran yang cukup untuk bekalan di hari muka.

ThankYou

gejala samseng di sekolah


Sejak akhir-akhir ini, gejala samseng di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Seperti yang dilaporkan media massa, kegiatan samseng ini bermula pada peringkat awal dimana kegiatan membuli pelajar lain secara kecil-kecilan akan berlaku. Tetapi sewasa ini, seringkali kita mendengar mengenai kes pembulian pelajar yang berakhir dengan kematian.Ini menunjukkan, kegiatan para pelajar yang bersifat samseng kini sudah melampaui batasan dan di luar kewarasan akal fikiran dimana mereka seringkali melakukan kegiatan samseng ini tidak hanya di kawasan sekolah tetapi juga menular hingga ke luar kawasan sekolah.
Pelajar yang seringkali bersifat kaki buli di sekolah ini kebanyakannya tergolong dalam pelajar yang menuntut di tingkatan lima dimana mereka hanya membuli pelajar yang lebih muda daripada mereka sendiri. Justeru, pelajar yang menuntut di tingkatan satu hingga empat seringkali menjadi mangsa kes buli. Samseng-samseng ini akan memeras ugut pelajar yang lebih junior tanpa rasa takut mahupun bersalah dengan tujuan untuk merampas wang, bekalan makanan mahupun barang berharga yang dimiliki oleh si mangsa. Sekiranya mangsa enggan menyerahkan barang-barang yang diminta, samseng-samseng ini akan bertindak ganas dengan menumbuk atau mencederakan mereka. Justeru, pelajar yang tidak sanggup menanggung risiko dicederakan pasti akan segera menyerahkan wang atau barang yang diminta.
Mangsa pembulian yang agak berani cenderung untuk melawan dan tidak mematuhi arahan si pembuli.Ini membuatkan si pembuli merasakan bahawa dirinya tercabar. Jadi, dia akan mengumpulkan rakan-rakan yang lain untuk menyerang dan mencederakan si mangsa. Tindakan ini berisiko untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa kes buli ini. Terdapat sesetengah mangsa pembulian ini yang tidak berani untuk melaporkan kes ini kepada pihak pengurusan sekolah kerana bimbang akan decederakan dengan lebih teruk dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kematian. Namun bagi yang berani, mereka akan tampil membuat laporan. Laporan yang diberikan akan disiasat dengan lebih teliti dan mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan disiplin seperti hukuman sebat ataupun dibuang sekolah.
Dalam Hal ini, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala samseng di sekolah. Antara pihak yang wajib melibatkan diri bagi kes ini adalah pihak PIBG, pihak jawatankuasa disiplin sekolah, pihak polis serta pihak keagamaan yang akan membimbing pelajar untuk balik ke jalan yang betul demi kepentingan diri mereka sendiri. Semua pihak harus memantau kegiatan salah laku di kalangan pelajar, yang mana kegiatan ini telah berleluasa dewasa ini.Pihak polis perlu berterusan mengawasi kawasan sekolah bagi mengelakkan kawasan sekolah menjadi sebuah tempat yang tidak lagi selamat bagi tujuan pembelajaran.

ThankYou

cara memanfaatkan masa lapang


Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.
Bagi para remaja yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk melakukan aktiviti riadah dan juga senaman agar tubuh mereka tidak menjadi lesu dan tidak bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang.
Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia, Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.
Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat dewasa ini. Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka.

ThankYou

sebab2 kita kita patut berjimat cermat dan halangan untuk melaksanakannya


Apabila mempunyai pendapatan yang lebih atau mendapat durian runtuh samada pendapatan itu ialah bonus tahunan, paling tidak simpanan yang kian meningkat, sesetengah orang merasakan bahawa pada masa itu dia mempunyai wang berlebihan atau menjadikannya seolah-olah orang kaya baru. Kita tidak menafikan bahawa seseorang itu boleh membelanjakan wang itu sesukahatinya kerana wang itu adalah haknya. Walau bagaimanapun, harus diingat juga, selain diri sendiri, kita perlu memikirkan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Dalam kehidupan ini sebenarnya banyak perkara yang menuntut perbelanjaan san memerlukan wang untuk menyelesaikannya seperti kereta rosak, bekalan dapur kehabisan, paip pecah dan sebagainya yang berupa tuntutan di luar jangkaan yang mesti diatasi segera. Sehubungan dengan perkara itu, kita hendaklah berhati-hati dengan tuntutan di luar jangkaan.
Seseorang yang bijaksana akan mengambil langkah menimbang tara kepentingan keperluannya berbelanja mengikut keupayaan. Perbelanjaan yang terancang membolehkan seseorang itu mengurus perbelanjaan mengikut kemampuan kewangannya. Oleh sebab itu, cara yang paling baik agar kita tidak selalu berhadapan dengan kesesakan kewangan atau sebelum tiba musim kering adalah dengan menyisihkan 20 peratus pendapatan dan menyimpan wang itu di bank.
Wang yang disimpan itu dapat digunakan untuk membiayai keperluan pengajian tinggi anak-anak di universiti tempatan atau luar negeri agar pada masa itu kita tidak perlu menagih bantuan ke sana ke mari. Hal ini mesti dirancang dengan teliti lagipun pada masa ini, kos pendidikan semakin tinggi berbanding dengan keadaannya pada sedekad yang lalu. Selain itu, hendaklah diingat bahwa wang yang disimpan itu dapat digunakan untuk keperluan perbelanjaan perubatan pada masa sekarang  dan pada hari tua nanti.
Satu perkara yang harus diingat, jangan gunakan tabungan itu sehingga hamper meranapkan jumlah simpanan kerana perkara ini akan menjadilkan seseorang itu miskin semula. Dengan sebab itu, jika wang tabungan itu digunakan, maka haruslah dicari jalan untuk menggantikannya semula.
Bagi sesetengah orang, berbelanja adalah untuk memenuhi gaya hidup hari ini yang banyak menjurus kepada kebendaan. Pelbagai dorongan akan mendesak seseorang berbelanja di luar kawalan, misalnya kemudahan yang dimiliki termasuklah penggunaan kad kredit.
Seseorang yang berjaya mengekang nafsunya dan berbelanja untuk tujuan yang perlu sahaja sudah pasti berjaya mengurus kewangannya. Jika perkara yang sebaliknya terjadi, maka iklim kewangannya tetap berada pada takuk yang lama dan tabungannya juga sukar meningkat.

ThankYou

punca kelunturan nasionalisme di kalangan rakyat dan langkah-langkah untuk mempertahankan nilai kemerdekaan


Dengan hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari kebangsaan pada 31 Ogos ini, semangat kemerdekaan ini tidak begitu kelihatan atau dapat dirasai sehingga kini. Kedatangan kemerdekaan ke-52 negara seolah-olah dibiarkan berlalu sepi tanpa ada usaha untuk meraikannya. Melihat kepada situasi semasa, kurangnya kemeriahan sambutan Hari kebangsaan kali ini adalah disebabkan tumpuan berlebihan orang ramai terhadap isu-isu yang sedang hangat berlaku ketika ini terutamanya ketidaktentuan terhadap turun naiknya harga minyak.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya usaha sektor awam dan sektor swasta untuk menganjurkan program mega atau menymbangkan khidmat sosial kepada masyarakat dalam menyemaikan semangat patriotik. Barangkali situasi ini ada kaitannya dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Sebagai langkah berjimat cermat, mereka terpaksa mengeluarkan acara sambutan Hari Kebangsaan daripada belanjawan tahunan.
Dalam pada itu, pihak media cetak dan elektronik juga seolah-olah tidak memainkan peranan kolektif bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan orang ramai. Pihak media massa seharusnya lebih mendekatkan orang ramai kepada keperitan perjuangan tokoh nasionalis terdahulu dalam mencapai kemerdekaan supaya dapat dihadapi dengan lebih berkesan.
Hal ini demikian kerana mengenang erti sebenar kemerdekaan membolehkan setiap daripada kita merenung diri sebagai seorang ahli dalam keluarga yang besar melangkaui batas agama, etnik, bangsa, atau gender. Di samping itu, elemen perjuangan kemerdekaan itu akan mengukuhkan pegangan rakyat terhadap nilai toleransi, sikap saling memahami dan menghormati, serta mempertahankannya agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Melihat sambutan secara fizikal seperti mengibarkan bendera hanyalah satu simbol semata-mata. Pensyarah Sekolah Sains Sosial,  Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd Noor Yazid menekankan, kesedaran dan semangat asal kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia itu seharusnya menjadi keutamaan. Apatah lagi, erti kemerdekaan dalam kalagan generasi muda tidak sama dengan asas perjuangan menuntut kemerdekaan yang dirintis oleh para pejuang tanah air.
Perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan yang sangat besar dalam membentuk sebuah negara yang berasaskan prinsip Melayu sebagai bangsa dominan dengan kerjasama kaum-kaum lain. Dalam erti kata yang lain, perjuangan kemerdekaan itu menuju kepada konsep satu negara, satu bangsa serta berteraskan kepada satu rumpun budaya.
Malangnya, apa yang berlaku ketika ini memberikan gambaran yang sebaliknya apabila konsep negara bangsa itu tidak lagi menjadi pegangan apabila keistimewaan Melayu sebagai identiti kebangsaan semakin lantang dicabar. Selain itu, mereka melihat Hari kemerdekaan itu tidak lebih daripada sambutan perayaan dalam bentuk fizikal semata-mata, sedangkan roh sebenar pembebasan sebuah negara daripada penjajahan tidak lagi wujud dalam diri mereka.
Menilai luntur nya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat, keadaan ini berlaku apabila wujudnya pertembungan antara cendekiawan dengan pejuang nasionalisme baru yang semakin melencong daripada prinsip kemerdekaan terdahulu dan meletakkan perjuangan kebangsaan ini di tempat yang tidak sepatutnya.
Dalam gerakan yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru, setiap rakyat negara ini perlu menolak sekeras-kerasnya rancangan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencemburui kemajuan negara kiata selepas bebas daripada cengkaman penjajah. Justeru, dalam apa-apa jua tindakan, setiap rakyat perlu meletakkan kepentingan negara di atas segala kepentingan lain agar kita tidak kecundang lagi buat kali yang kedua.

ThankYou

sukan olimpik di Athens 2004


Buat julung kalinya, Bandar Athens telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2004. Sukan Olimpik merupakan salah satu acara sukan yang terbesar di dunia. Bilangan atlet yang menyertai pertandingan pada kali ini dianggap terbesar daripada yang pernah diadakan sebelum ini, iaitu sebanyak 10500 atlet yang mengambil bahagian. Di temasya ini juga bakal dijalankan sebanyak 28 acara sukan yang melibatkan 301 disiplin.
Sebanyak 35 gelanggang telah disediakan untuk melancarkan lagi aturcara yang telah dirancang. Untuk melicinkan lagi perjalanan acara di hari yang bersejarah tersebut, seramai 45 000 orang sukarelawan akan mengambil bahagian. Mereka akan membantu pengurus pasukan bagi memastikan acara yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Pihak tuan rumah berusaha memastikan atlet dan para pegawai yang datang mendapat makanan yang mencukupi. Untuk itu, dalam sehari, 400 000 makanan telah disediakan oleh tuan rumah. Makanan yang disediakan akan dipastikan bersih, berkhasiat dan sesuai untuk semua peserta.
Seramai 5500 pegawai hadir mengiringi atlet masing-masing, dimana mereka terdiri daripada 202 negara Jawatankuasa Olimpik. Para pegawai ini berperanan memastikan para atlet mereka mengambil bahagian dalam acara sukan mengikut disiplin yang ditetapkan, disamping memastikan kelancaran aturcara yang telah dirancang.
Penggunaan dadah oleh atlet dalam penglibatannya dalam sesuatu acara merupakan kemungkinan yang tidak dapat disangkal lagi. Bagi tujuan membendung masalah ini daripada berleluasa, pihak penganjur akan menjalankan 3000 ujian dadah. Tujuannya adalah supaya hanya atlet yang mempunyai kemampuan yang sebenar sahaja yang akan menerima hadiah hasil usahanya sendiri dan bukan daripada bantuan dadah semata-mata.
Sebagai kesimpulan, Sukan Olimpik merupakan acara sukan yang penting dalam usaha memupuk silaturahim penduduk dunia yang berlainan warna kulit, anutan, bahasa dan budaya. Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja mampu memperoleh kemenangan yang mampu mengharumkan nama atlet sekaligus menjulang Negara di persada antarabangsa.

ThankYou

faedah melancong


Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.

ThankYou

sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat


Peribahasa ada menyebut, ‘seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Peribahasa ini wujud kerana terdapat sesetengah ahli masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mahu mencari jalan singkat untuk hidup senang, tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Keadaan ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat moden hari ini yang tidak pernah mengambil berat akan orang lain. Berbeza dengan masyarakan dahulu kala di man mereka sering mengambil berat dan membantu jiran tetangga, rakan-rakan mahupun orang lain yang tidak mereka kenali dengan hati yang ikhlas lagi jujur tanpa mengharapkan balasan semata-mata.
Sebagai satu contoh situasi, bagi mereka yang merokok. Merokok jelas tidak mendatangkan faedah daripada segi kesihatan. Jika mahu merokok juga, tiada siapa yang mahu menegah. Namun keadaan akan lebih buruk apabila punting rokok dibuang ke kawasan penuh dengan rumput kering. Dengan tiupanangin yang kencang, mudahlah api menjulang. Bagi yang bersikap prihatin, dengan kudrat yang ada,akan segera memadam api tersebut sebelum membakar kawasan tersebut. Dengan menggunakan baldi, air akan dicurahkan ke dalam api yang terus menjulang. Dalam keadaan letih, cemas dan bimbang akan keselamatan diri, tentu diri akan panas hati jika masyarakat hanya melihat sahaja tanpa ada hasrat untuk membantu.
Situasi ini wujud kerana sesetengah ahli masyarakat akan menganggap sesuatu kejadian itu tidak perlu dibantu, jika tidak akan membawa malapetaka kepada diri dan keluarga. Mereka hanya tersentak dan segera menyalahkan orang lain jika kepentingan diri tergugat. Hal ini menunjukkan kempen mewujudkan masyarakat penyayang belum membuahkan hasil. Jika masyarakat berterusan bersikap negatif, hasrat mewujudkan Negara maju pada tahun 2020 tidak akan membuahkan hasil. Ini kerana, kemajuan Negara perlu seiring dengan kemajuan kerohanian masyarakatnya.
Oleh itu, seluruh ahli masyarakat perlu mengamalkan budaya tolong-menolong, seperti kata peribahasa ‘cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga’. Jika budaya ini menjadi amalan, kemajuan negara akan lebih pesat dan keharmonian masyarakat dapat dipertahankan.

ThankYou

hak golongan kurang upaya dalam masyarakat sempurna


Golongan kurang upaya atau dalam kata singkatannya (OKU) merupakan golongan yang kurang sempurna atau cacat anggota badannya.Kecacatan anggota badan yang dimaksudkan meliputi kecacatan mana-mana anggota badan termasuk kaki dan tangan, lumpuh, pekak, bisu, dan buta.Manusia yang mempunyai kekurangan seperti ini cenderung untuk merasa rendah diri ketika berada di sekeliling mereka yang sempurna anggota badannya.Namun, di sebalik kekurangan yang mereka alami, mereka juga sebenarnya mempunyai hati dan perasaan yang mungkin lebih sensitive ketika berada bersama rakan sebaya yang lebih sempurna.
Sebagai manusia yang dianugerahi kesempurnaan daripada Tuhan, kita wajar membantu golongan kurang upaya ini. Pertama, kita perlu membantu mereka untuk berdikari agar kehdupan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Berdikari yang dimaksudkan termasuklah mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan setaraf dengan tahap pendidikan yang dimiliki oleh orang di sekeliling mereka. Dengan tahap pendidikan yang mencukupi, golongan kurang upaya ini juga mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama golongan yang lebih sempurna.
Selain itu, kita juga perlu memberi mereka peluang untuk mengembangkan minat dan keupayaan mereka sendiri.Sebagai contoh, mungkin ada di antara mereka yang berminat untuk menceburi bidang sukan. Lalu, dalam keghairahan menganjurkan kejohanan yang dicanangkan boleh mengharumkan nama Negara, golongan ini juga perlu diberi peluang untuk menyertai kejohanan tersebut. Mereka yang berbakat besar dalam bidang sukan perlulah dikenalpasti , dilatih dan diketengahkan dalam Kejohanan Paralimpik.
Golongan kurang upaya ini juga mempunyai sifat rendah diri dan menganggap takdir telah menghukum mereka. Maka kita sewajarnya memberi mereka semangat untuk bangun menghadapi rintangan dengan kekuatan seperti kata peribahasa “genggam bara api biar sampai jadi arang”. Keyakinan ini membolahkan mereka untuk keluar daripada kepompong hidup mereka yang asyik menyalahkan takdir semata-mata.
Pada waktu yang sama, majikan juga hendaklah memberi ruang kepada golongan kurang upaya ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan yang mereka miliki. Jika ada antara majikan yang sanggup menggaji mereka, sudah tentu hidup mereka akan terjamin dan keyakinan diri mereka juga pasti meningkat dari semasa ke semasa. Ini juga secara tidak langsung mengurangkan kadar pengemis yang terdapat di Negara ini.
Oleh itu, golongan kurang upaya juga haruslah menjadi masyarakat yang maju dan serba boleh.Dengan sedikit inisiatif dan keyakinan, mereka juga pasti boleh menjadi masyarakat yang berdaya maju, setaraf dengan masyarakat sempurna yang lainnya.

ThankYou

kelemahan teknologi maklumat dan kaedah mengananginya


Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa terknologi maklumat akan memberikan bentuk baru pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita menuju peradaban elektronik. Hal ini disebabkan teknologi komunikasi ini akan membawa kita kepada perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang diaplikasikan secara elektronik.
Dengan itu, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi mengurus maklumat. Namun, sistem ini tidak terlepas daripada ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak.
Ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat datangnya daripada penggodam komputer, iaitu orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaiannya. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan sendiri. Namun begitu, terdapat golongan penggodam komputer yang menjalankan aktiviti khianat sebagai salah satu keseronokan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa pihak lain.
Sebahagian penggodam komputer yang lain pula menjalankan aktiviti tersebut untuk menceroboh sistem rangkaian komputer dan mencuri data penting. Selain itu, ada di kalangan mereka juga menghantar virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer hingga menyebabkan kerosakan serius.
Di samping itu, kelebihan yang terdapat pada teknologi maklumat kini diperalat dengan mudah oleh pengganas dan kartel dadah. Mereka menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian, manakala globalisasi pula menerobos setiap penjuru dunia, sedangkan keselamatan merupakan satu agenda utama dan penting.
Tambahan pula, maklumat ialah bahan yang sangat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan dengan memperalat komputer dan rangkaiannya. Oleh sebab itu, keselamatan pada zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang dapat mengganggu sistem keselamatan.
Teknologi maklumat kini telah dieksploitasi dengan begitu rakus untuk mencapai pelbagai tujuan. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah.
Fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini telah digunakan untuk merosakkan kehidupan manusia. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

ThankYou

punca kahwin lari antara wanita tempatan dengan warga asing


Kes yang melibatkan trend kahwin lari dalam kalangan wanita muda tempatan dengan warga asing semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mereka sanggu meredah Laut China Selatan semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi pada kemudian hari.
Statistik kes Orang Hilang dan Jumpa Seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan bahawa pada tahun 2007 ( Januari hingga April ), sebanyak 681 orang wanita muda tempatan disahkan hilang. Daripada jumlahitu, hanya 302 orang berjaya ditemui semula. Kebanyakan wanita muda tempatan yang terjebak dalam kes kahwin lari dengan warga asing ini dipengaruhi oleh pujuk rayu pasangannya. Bagi wanita muda yang mengalami masalah kepincangan keluarga dan dahagakan kasih sayang, mereka mudah terpengaruh dengan pujuk rayu pasangan mereka.
Selain itu, sikap wanita muda tempatan yang cenderung mencari ‘kelainan’ dalam memilih pasangan hidup turut menjadi punca mereka terjebak dengankes kahwin lari ini. Kebanyakan mereka ini berasa bangga dengan rakan-rakan jika dapat memikat hati pasangan warga asing terutama dari Pakistan,Afrika, atau Indonesia. Di samping itu, punca berlakunya kes ini juga disebabkan oleh sikap wanita muda yang berasa bahawa mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri. Nasihat ibu bapa, rakan-rakan, mahupun guru tidak diendahkan. Apa yang lebih penting, mereka sudah menemui kekasih hati yang sanggup menghulurkan cinta dan menjadi tempat untuk mereka mengadu.
Hakikatnya, niat kedatangan warga asing ke Negara ini diibaratkan seperti serampang dua mata. Selain mencari rezeki, mereka juga ingin mendapatkan status Penduduk Tetap (PR). Seperti yang tertakluk dalam prosedur memiliki status PR, seseorang warga asing layak mendapat status PR jika mereka mengahwini gadis tempatan. Jadi, akhirnya banyak wanita muda tempatan yang menjadi mangsa.
Kerajaan dan rakyat sedang giat berganding bahu bagi membanteras masalah ini. Paling penting, maklumat awal dan kempen kesedaran dari semasa ke semasa wajar diberikan kepada wanita muda tempatan berkaitan isu ini. Manakala ibu bapa pula seharusnya lebih sensitif dan peka terhadap perihal anak-anak. Komunikasi yang berkesan dan pemupukan kasih sayang antara ahli keluarga secara tidak langsung dapat membantu menangani masalah sosial anak-anak. Sementara itu, wanita muda sendiri perlulah mempunyai kesedaran diri dan memikirkan kesan negatif yang bakal ditanggung oleh mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

ThankYou

faktor2 warga emas menanggung risiko penggunaan ubat-ubatan dan langkah menanginya


Penggunaan ubat-ubatan dalam kalangan warga emas sering mendapat perhatian dan menjadi topik perbincangan para pengkaji dari seluruh dunia. Hal ini disebabkan golongan tersebut memerlukan perhatian yang rapi kerana berdepan dengan risiko ubat-ubatan yang digunakan berbanding dengan golongan muda. Secara umun nya, pada peringkat usia yang melebihi 60 tahun, proses penuaan mempengaruhi fungsi normal organ-organ di dalam badan manusia.
Hati dan buah pinggang merupakan dua organ terpenting bagi proses metabolisme dan perkumuhan ubat-ubatan di dalam badan manusia. Keberkesanan organ-organ ini semakin menurun dalam kalangan warga emas. Hati dan buah pinggang mereka sudah tidak mampu lagi untuk berfungsi dengan baik. Penurunan keberkesanan fungsi hati ini akan menyebabkan pengumpulan berlebihan sesetengah ubat di dalam badan mereka. Selain itu, fungsi buah pinggang yang tidak normal juga mempunyai masalah penyingkiran ubat-ubatan.
Pengumpulan berlebihan dan penyingkiran yang berkurang ubat-ubat akan mengakibatkan peningkatan paras ubat-ubatan yang tidak normal di dalam badan seseorang. Apabila proses penuaan ini berterusan, ada sesetengah sel di dalam badan akan menjadi semakin sensitif terhadap sebatian kimia yang terkandung dalam ubat-ubatan seperti sel-sel di dalam sistem otak dan sistem saraf. Hal seumpama ini akan meningkatkan risiko kesan sampingan ubat-ubatan kepada warga emas.
Penggunaan pelbagai jenis ubat pada suatu masa juga berisiko tinggi mengalami kesan infeksi ubat-ubatan. Bagi golongan usia yang sedang meniti senja, masalah ini tidak dapat dielakkan  kerana mereka sering menghidapi penyakit kronik. Oleh yang demikian, mereka terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan yang berbeza-beza pada waktu yang sama bagi merawat penykit-enyakit tersebut sekali gus meningkatkan paras ubat dalam badan. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati hampir 65% warga emas yang dimasukkan ke hospital terdedah pada sekurang-kurangnya satu kesan infeksi ubat-ubatan.
Di samping itu, golongan warga emas tidak mengambil ubat-ubatan mengikut saranan doktor atau ahli farmasi. Masalah ini timbul bukan sahaja disebabkan penyakit nyanyuk, malah berpunca daripada kekeliruan terhadap ubat-ubatan yang diberikan. Tambahan pula, mereka terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat pada masa yang berbeza. Sesetengah ubat tersebut perlu diambil dengan cara yang berbeza. Antaranya termasuklah ubat itu diambil sebelum dan selepas makan. Tidak kurang juga tablet yang terpaksa diletakkan di bawah lidah dan bukan dimakan seperti kebiasaannya.

ThankYou

punca keracuna makanan dan akibatnya


Kita sering mendengar cerita dan terbaca kisah yang berkaitan dengan keracunan makanan. Selain itu, berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin banyak daripada kita yang mengalami keracunan makanan. Semenjak Januari hingga Ogos tahun lalu, terdapat sebanyak 13 kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Daripada jumlah tersebut, 601 orang mangsa ialah pelajar sekolah. Sewajarnya, masalah ini dipandang serius lebih-lebih lagi dari segi perundangan, Negara ini mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya penipuan dalam penyediaan, penjualan, dan penggunaan makanan.
Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah seseorang itu memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening-pening serta gangguan perut. Kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan oleh bacteria, mikro organisma, virus, racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Selain elemen di atas, keracunan makanan juga melibatkan kewujudan bacteria dalam makanan dan proses penyediaan makanan yang kotor serta tidak dimasak dengan sempurna.
Oleh sebab itu, penyedia makanan hendaklah membasuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau bakteria lain. Selain itu, peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas terutama sekali alas pemotong daging.
Dalam penyediaan makanan, pengendalian yang tidak teliti akan menggalakkan bakteria mencemari makanan.Dalam hal ini, beberapa contoh kecuaian yang dikenal pasti termasuklah penyimpanan daging, ayam, dan ikan di tempat yang tidak cukup dingin, dan makanan beku yang dibiarkan cair pada suasana panas yang terlalu lama. Pencemaran bacteria berlaku juga pada buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik. Tanda-tanda khusus kerancunan makanan bergantung pada jenis bacteria atau organismanya.
Antara contohnya termasuklah cholera yang disebabkan oleh bacteria vibro cholera yang terdapat pada ikan, kerang, kupang, dan siput yang tercemar. Selain elemen yang dinyatakan di atas, keracunan makanan ada kalanya berkaitan dengan cendawan beracun atau buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicemari oleh racun serangga yang tinggi kadar kepekatannya.
Apabila mengambil makanan yang terdiri daripada bijiran, seseorang itu tidak boleh mengambil mudah tentang makanan yang dimakannya. Dalam banyak kes, toksin daripada kulat, iaitu aflatoksin yang terdapat pada bijiran juga merupakan salah satu punca keracunan makanan. Sehubungan dengan itu, sekalipun kebanyakan makanan selamat dimakan, namun seseorang itu hendaklah berhati-hati semasa mengambil makanan agar mereka tidak menjadi mangsa keracunan makanan samada secara sengaja ataupun tidak.

ThankYou

"genggam bara api, biar sampai jadi abu"


Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara api, biar sampai jadi abu’

ThankYou

teknik menjawab ringkasan karangan PMR

BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN

Nota:

- Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan

supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.

- Contoh:

- Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.

- Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

- Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca

dalam kalangan kanak-kanak.
- Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

- Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).
- Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.



Teknik Meringkaskan Petikan: 

- Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping

memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.

- Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.

- Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi

yang dikehendaki oleh soalan.

- Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.

- Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.

- Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan

tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.

- Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika

terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.

- Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah);

manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung

pada persembahan bahasa pelajar).

- Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.

- Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas.

Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanak jawapan.

- INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan

ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang

maksudnya akan terpesong.


Jadual menulis ringkasan karangan PMR

......(Kata Tugasan).....ialah/adalah.........(Isi yang pertama)... . Selain itu,............(Isi yang Kedua).... . Seterusnya,.......(isi yang Ketiga).... . Selanjutnya,......(Isi yang Keempat)..... . Pada masa yang sama,.......(Isi yang kelima).... .

(80 patah kata)

Contoh Soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.


Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.





Contoh Jawapan:

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.





BAHAGIAN A (ii)

PEMAHAMAN

Nota:

- Tiga soalan akan dikemukakan.

- Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujuk

petikan untuk mendapatkan jawapan.

- Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir

murid. Jawapan perlu munasabah.

- Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.




Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

- Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah

markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.

- Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga

peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.

- Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi

dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud

penggunaannya dalam petikan.

- Soalan (ii) adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang

diberi ialah 4.

- Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi

jawapannya dalam petikan tersebut.

- Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab

ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua

perkataan.

- Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih

daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

- Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan

sebagai tersirat.

- Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan

pendapat sendiri.




Contoh Soalan dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)


i. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan

untuk menambahkan pengetahuan seseorang.


ii. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir

dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu,

mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan

kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

iii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang

kebaikan belajar secara berkumpulan?

Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar

secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam

ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar

secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya

menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak

kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri

untuk menjadi murid yang cemerlang.


ThankYou

kenali semarak api

semarak apiBeginilah rupanya pohon semarak api yang lazim ditemui. Dalam sajak  “Tukang Gunting” karya T.Alias Taib dalam antologi “Kerusi”, pohon inilah yang menjadi pilihan tukang gunting sebagai teduhan tempatnya mencari rezeki.
Tentu anda dapat memahami sebab-sebab pohon ini sesuai sebagai tempat menggunting rambut pelanggan berbanding pohon lain. Cubalah fikirkan..


ThankYou

kasih sayang ibu bapa berkesan mendidik anak-anak


Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.
Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus menggunakan semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara kontemporari, lalu dengan mudah mengguna pakai cadangan dikemukakan buku atau penceramah, tanpa melakukan penelitian, tapisan atau kefahaman yang mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya.
Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat, remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu.
Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan ada dua komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah ‘responsif’, iaitu sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah ‘permintaan’, iaitu sebanyak mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa berdepan dengan paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang ialah responsifnya terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan pula ialah permintaannya terhadap keperluan masa depan anak remajanya. Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja ditentukan ibu bapa.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah.  Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan.
Namun begitu,  gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra kaunselor dalam setiap keluarga,  program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan kepemimpinan.

ThankYou

peranan warga tua


Di  Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran.  Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas.  Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling.  Ini merupakan satu tanggapan yang salah.  Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.  
Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan.  Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.  Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini.  Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua.  Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita.  Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.  Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.
Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini.  Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat.  Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat.  Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.  
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.  Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum.  Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya.  Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan.  Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. 
Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari.  Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak.  Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara. 
Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’.  Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian.  Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan.  Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang.  Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.  
Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi.  Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini.  Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara.  Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

ThankYou