BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH

Thursday, 22 September 2011

Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat

Menurut kajian Flemming dan Levie (1993) mengenai peranan media dan perubahan tingkah laku individu di Amerika Syarikat, beliau mendapati produksi yang digunakan oleh media dengan mudah menarik minat remaja yang sukakan keseronokan dan fantasi dalam kehidupan mereka. Kajiannya mendapati program-program media ini dapat menyediakan pelbagai bentuk keseronokan, permainan video, ruangan sembang, gaya hidup moden, fesyen pakaian terkini, maklumat mengenai barangan dan pelbagai bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh agensi tertentu. Kajiannya juga mendapati, media menyiarkan filem-filem µbox-office¶ yang biasanya menghidangkan adegan yang hangat dan panas seperti pembunuhan, perkosaan, bercumbu, berpelukan, menakutkan dan seram, pertengkaran, pergaduhan, adegan tembak menembak, aksi pergaduhan dan wanita seksi yang mempunyai watak kekuatan luar biasa. Beliau merumuskan dalam kajiannya, kesemua bentuk program-program media ini telah menjadi daya tarikan untuk diadaptasi oleh golongan remaja dan akan mendedahkan remaja kepada bentuk- bentuk keganasan melampau yang akan memudaratkan diri sendiri.
Dalam kajian Anderson dan Dill¶s (2000) pula mengenai kisah-kisah ganas dalam media dan kesannya terhadap persepsi dan pemikiran pelajar-pelajar di Amerika Syarikat, beliau mendapati individu terutama remaja lebih mudah tertarik dengan pelbagai adegan yang langsang dan ganas dalam media kerana keadaan psikologi mereka yang belum matang, lebih sukakan hiburan, aktiviti yang lasak dan mencabar. Menurutnya keadaan ini bersesuaian dengan zaman remaja dalam keadaan tidak stabil dan dalam proses membentuk personaliti diri. Kajiannya juga mendapati aktiviti- aktiviti yang langsang memang sesuai dengan jiwa pelajar-pelajar remaja yang sedang memberontak dan mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi. Oleh itu, beliau merumuskan dalam kajiannya bukanlah sesuatu yang menghairankan jika individu memang tertarik dan berasa seronok menonton program-program langsang yang terdapat dalam media kerana ia bersesuaian dengan naluri dan keadaan psikologi pelajar. Menurut laporan Bahagian Jenayah dan Keganasan di Amerika, pada tahun 2001 terdapat lebih 20,000 kes pembunuhan, 75,000 kes rogol dan 600,000 kes penyerangan fizikal yang berlaku dalam masa setahun (Taylor, PePlau dan Sears, 2001). Pakar-pakar psikologi telah membuat banyak kajian dan mendapati pendedahan kepada kelangsangan dalam media merupakan antara sebab utama mengapa keadaan ini berlaku. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji mendapati perlakuan delinkuan yang terdapat dalam televisyen dan video menjadi pemangkin dalam meningkatkan tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar (Pennel dan Browne, 1999). Keganasan dalam media juga meningkatkan rangsangan dan menyebabkanseseorang itu hilang kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson dan Dill, 2000). Kajian ini juga menyebut golongan pelajar merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan tingkah laku langsang kesan dari pendedahan berulangan tingkah laku ini dalam media (Pennel dan Browne, 1999).


ThankYou