Anak muda pada masa ini gemar mengunjungi kafe siber yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan.Fenomena ini sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan remaja
Kafe siber dijadikan tempat melepak oleh sebilangan remaja,terutama murid-murid sekolah.Mereka banyak menghabiskan masa berkumpul di kafeteria siber dengan bermain permainan komputer.Selain itu,mereka banyak membuang masa sambil bersembang dengan rakan di Internet.
Bukan hanya membuang masa,murid-murid sekolah juga membazirkan wang.Bayaran sebanyak RM3 hingga RM5 dikenakan bagi setiap jam penggunaan.Hal ini bermakna mereka telah menyalahgunakan wang yang diberikan ibu bapa.
Terdapat juga murid yang sanggup ponteng sekolah semata-mata ingin ke kafe siber.Mungkin mereka telah ketagih dengan permainan komputer atau asyik berbual dengan rakan Internet.Hal seperti ini akan merugikan diri mereka sendiri.
Di samping itu,remaja yang mengunjungi kafe siber juga terdedah dengan bahan porno.Mereka bebas melayari laman-laman web lucah tanpa sekatan.Perkara seperti ini akan meruntuhkan akhlak remaja yang bakal menjadi tonggak negara pada masa hadapan.
Kesimpulannya,kafe siber yang wujud pada hari ini menjadi pemangkin kepada kebejatan sosial dalam kalangan remaja.Langkah-langkah mengawal pusat-pusat komputer perlu dilakukan dengan segera agar kemajuan teknologi tidak disalahgunakan.Usaha ini penting ke arah malahirkan masyarakat hadhari harapan negara.
Tuesday, 3 May 2011
KARANGAN PERBINCANGAN ^____^
dicatat oleh TentangKami at 06:28