Hutan semula jadi masih meliputi hampir 40% daripada kawasan bumi.Akan tetapi,kawasan hutan itu semakin hari semakin kurang akibat daripada kegiatan manusia.Kesusutan kawasan hutan itu akan menjejaskan kehidupan manusia kerana hutan amat penting kepada manusia
Hutan merupakan kawasan tadahan hujan.Sebagai kawasan tadahan,hutan berfungsi melindungi tanah daripada hakisan yang teruk.Malah kawasan tadahan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh,pencemaran sungai,dan banjir kilat.
Selain itu,hutan merupakan habitat semula jadi bagi hidupan liar yang pelbagai jenis.Tanpa hutan,hidupan liar akan terancam dan akhirnya akan pupus.Oleh hal yang demikian,hutan mesti dipelihara agar habitat hidupan liar itu terus kekal.
Selain hidupan liar,hutan juga menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies tumbuh-tumbuhan.Di samping membekalkan kayu,sumber ini juga mengimbangi kandungan udara.Sebahagian besar tumbuh-tumbuhan pula boleh digunakan sebagai ubat-ubatan.Banyak spesies tersebut sentiasa dikaji selidik manfaatnya dalam bidang perubatan moden.
Hutan juga menawarkan pelbagai hasil hutan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.Hasil hutan yang boleh didapati adalah seperti damar,rotan,buluh,dan minyak keruing.
Kesimpulannya,hutan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia.Hutan memastikan manusia hidup sempurna dengan udara dan ekologi yang bersih dan selamat.Malah,hutan menawarkan pelbagai hasil tumbuh-tumbuhan untuk dinikmati oleh manusia.Oleh sebab itu,hutan merupakan suatu warisan yang mesti dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Tuesday, 3 May 2011
KARANGAN FAKTA =='
dicatat oleh TentangKami at 06:25