Kemurungan adalah sejenis penyakit biologikal yang dihadapi seseorang. Ia akan memberikan kesan terhadap pemikiran, anggota badan dan perasaan. Sebagai ibu bapa, murid atau pelajar kita perlu mengetahui perkara berkaitan kemurungan.
Menurut Dr Mohamad Fadhil penyakit kemurungan ini merupakan penyakit keturunan. Beliau menambah lagi 20%-30% penduduk Malaysia adalah murung. (Berita Harian 24-5-97)
Punca penyakit kemurungan ini dikenalpasti daripada beberapa keadaan iaitu :
1. Keturunan
2. Faktor persekitaran
3. Pemakanan
4. Melawan hukum Alam
5. Unsur-unsur ghaib
Menurut pemerhatian, setiap 100 orang murid ada sekurang-kurangnya seorang mengalami kemurungan. Kemurungan ini mungkin bersifat sementara jika diketahui dan dicegah di peringkat awal. bagi yang telah mengalami kemurungan bertahun-tahun mungkin agak sukar untuk kembali normal.
Labels: Psikologi Kemurungan
Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://aspirasidiri.blogspot.com. Pihak Portal Pendidikan tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya.
Thursday, 22 September 2011
Memahami dan menangani kemurungan
dicatat oleh TentangKami at 19:08