BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH

Thursday 22 September 2011

kebaikan berpuasa

Dalam bulan ramadhan semua umat islam adalah wajib untuk melaksanakan ibadat puasa yang telah diperintahkan pada bulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dengan melatih diri berlapar dan berpuasa akan memberi kebaikan kepada diri manusia.

1. Dapat terhindar diri manusia dari pelbagai jenis penyakit. Ini kerana banyak penyakit yang berpunca dari makanan yang anda makan. Pada bulan puasa sudah tentu perut kita akan dapat berehat seketika dari menerima pelbagai jenis makanan seperti yang kita makan pada bulan-bulan sebelumnya. InsyaAllah dengan berlapar dan berpuasa akan dapat menjauhkan diri manusia dari pelbagai jenis penyakit.

2. Menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. Selalunya terlalu banyak perbelanjaan yang keluar dalam aktiviti seharian anda jika tidak dikawal. Dengan berlapar atau berpuasa akan dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang mungkin banyak dalam perbelanjaan membeli makanan. Oleh itu ia dapat menjmatkan kos perbelanjaan seharian anda.

3. Dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu manusia. Apabila seseorang berada dalam kekenyangan maka syaitan akan mudah masuk ke dalam hati mereka dan semakin mudahlah seseorang akan mengikut hawa nafsu. Dalam keadaan lapar nafsu manusia akan menjadi lemah dan akan dapat menghindarkan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan. Sebab tu apabila seseorang berpuasa maka keinginan untuk mengikut hawa nafsu akan berkurangan.

4. Hati akan mudah untuk berasa khusyuk dalam solat kerana pintu godaan syaitan telah tertutup. Hati manusia susah untuk khusyuk kerana syaitan yang selalu menggoda. Apabila manusia berada dalam kekenyangan, ia adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. Maka, berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga hati dari godaan nafsu dan syaitan.

5. Memberi keinsafan dalam diri kerana mengingatkan kepada fakir miskin yang selalu berada dalam keadaan kelaparan. Setiap hari golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin berada dalam keadaan kelaparan kerana kesusahan hidup yang mereka alami. Walaupun anda tidak terlalu kaya tapi sekurang-kurangnya anda cukup makan setiap hari berbanding dengan golongan fakir miskin. Anda perlu bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan dan bersedekahlah kepada golongan fakir miskin jika berkemampuan.

Lapar adalah cara terbaik untuk menundukkan hawa nafsu yang selalu bermaharajalela dalam diri manusia. Lapar juga akan menutup pintu hati manusia dari godaan syaitan. Cubalah menahan diri anda dari terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Berlapar bukanlah sampai menyiksa diri sendiri. Cuma berpada-pada jangan terlalu kenyang kerana makan terlalu banyak dan terlalu kenyang yang akan menyiksa diri sendiri. Hati manusia juga akan menjadi keras jika terlalu banyak makan. Berpuasa adalah cara yang terbaik dan mendapat pahala.


ThankYou