BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH

Saturday 24 September 2011

Langkah-langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah

Pada 4 Feb 2010, seorang lelaki berusia 39tahun ditumpaskan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Lelaki terbabit pernah merengkuk 15tahun namun tidak pernah serik dengan pengalaman silam. Dewasa ini, jenayah dadah kian menular di kalangan masyarakat kita. Landasan untuk menuju matlamat negara bebas dadah menjelang 2015 telah ada, namun pengisiannya perlu disusun dan diperhalusi setiap masa. Pada tahun 2006, statistic menunjukkan bahawa pada setiap hari, negara kita melahirkan 29 orang penagih dadah baharu dan 36 penagih dadah berulang. Pada tahun 2007, negara kita telah mencapai usia 50 tahun merdeka dan ironisnya kebanyakan penagih dadah dilahirkan dan dibesarkan di negara merdeka. Jadi, bagaimanakah kita hendak menbanteras gejala penyalahgunaan dadah di negara kita?

Salah satu pihak yang perlu memainkan peranan untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa penting dalam menangani masalah ini kerana remaja dan belia merupakan golongan yang paling banyak terdedah dengan gejala penagihan dadah. Mereka ialah golongan yang produktif untuk merealisasikan wawasan negara. Walaubagaimanapun, dengan gangguan daripada penagihan dadah, potensi masa hadapan negara turut terjejas. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih efektif untuk mengawal anak mereka supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Jika dibandingkan ibu bapa pada zaman dahulu dengan ibu bapa zaman sekarang, perbezaannya agak ketara dalam kaedah mendidik anak. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih senang untuk membela anak mereka sendiri walhal anak mereka melakukan kesalahan itu demi untuk membela nama baik keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidk anak mereka dengan kaedah yang betul untuk membasmi jenayah ini.

Selain itu, kerjasama semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah amat diperlukan. Antara pihak yang perlu terbabit dalam usaha ini selain agensi kerajaan ialah badan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan. Usaha mereka ini meliputi pencegahan dan pemulihan penagih dadah sepanjang tahun di seluruh negara dan untuk semua golongan. Walau bagaimanapun, usaha yang dilakukan ini tidak mencapai matlamat asal negara untuk bebas daripada dadah keran tidak wujud penyelaran untuk mewujudkan satu barisan yang terancang dan kukuh. Sebagai iktibar, kita mengambil contoh cara kerajaan memerangi komunis, iaitu semua pihak bersatu memeranginya habis-habisan kerana semua pihak menganggap komunis sebagai musuh negara. Oleh itu, untuk memerangi penyalahgunaan dadah, maka semua pihak haruslah bekerjasama dan bersatu menentang bukan sahaja penagih dadah tetapi mencari jalan untuk menghapuskan pengedar dadah.

Sekteriat Membasmi Dadah UMNO menganjurkan kempen mega antidadah “Karnival Rasa Sayang” di 10 lokasi terpilih seluruh negara pada tahun 2007. Kempen ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan negara yang bebas daripada penagihan dadah menjelang 2015. Hal ini perlu dilaksanakan kerana pada masa ini, peratus penagih dadah ialah kira-kira 1.1 peratus dan diharapkan kempen ini dapat menjayakan hasrat kerajaan untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang 2015. Kempen ini bertemakan “Sayang Keluarga Hindari Dadah” berterusan sehingga hujung tahun 2007 mengikut tarikh yang ditetapkan dan di tempat-tempat yang telah dipilih.

Kesimpulannya, usaha memerangi penyalahgunaan dadah perlu dilaksanakan oleh semua masyarakat di negara ini. Cogan kata “Dadah Musuh Rakyat” wajar diuar-uarkan supaya setiap rakyat berasa bertanggungjawab dalam memerangi masalah ini. Selain itu, usaha pemulihan yang dilakukan terhadap penagih dadah hendaklah diteruskan sepanjang masa. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu seperti bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”


ThankYou