BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SMKSULTANAHBAHIYAH

SMKSULTANAHBAHIYAH

Saturday 24 September 2011

Kepentingan Menghayati Rukun Negara

Sejak dari bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat. Walau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apa bila mereka dewasa.

Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semangkin meningkat sejak belakangan ini. Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun Negara. Bagi mengingatkan rakyat pentingnya prinsip Rukun Negara dipertahankan, kerajaan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara. Semangat Rukun Negara yang tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 35 tahun dahulu perlu terus dikekalkan. Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.

Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan Rukun Negara dapat melahirkan keamanan dan kerharmonian negara dapat dikekalkan .Rukun Negara juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Selain itu, Rukun Negara dapat mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu, lima prinsip Rukun Negara sebenarnya saling berkait rapat antara satu dengan lain.

Satu lagi kepentingan menghayati Rukun Negara ialah prinsip kepercayaan kepada Tuhan mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia serta mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita mempunyai kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Selain itu, Rukun Negara mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara.

Masalah yang berlaku sekarang seperti kejadian yang kian meningkat berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menghayati Rukun Negara. Oleh yang demikian usaha memastikan rakyat menghayati semula prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan langkah tepat dan perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat.


ThankYou